Thursday, July 30, 2009

"MENGAPA SAYA INGINKAN BROADBAND"

Definisi jalur lebar(broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit(narrowband) Selain itu,istilah ini juga merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.

Mengapa saya inginkan broadband? Satu persoalan yang cukup menarik untuk diketengahkan walhal sebagai seorang pelajar yang belum mempunyai pendapatan yang tetap, broadband bukanlah satu keutamaan.Namun, saya mula menyedari betapa pentingnya kemudahan broadband apabila banyak assignment yang diberikan oleh guru saya yang melibatkan pencarian maklumat dalam internet.

Dengan adanya broadband, penghantaran lebih data elektronik pada kelajuan tinggi walaupun pada masa yang sama sehingga dapat membantu saya menyiapkan tugasan pada tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, ia juga merupakan cara yang paling pantas untuk mendapat capaian maklumat.

Umum sedia maklum bahawa komputer amat penting pada zaman ICT ini. Sebagai contoh, kita dapat berchating dengan sesiapa sahaja mahupun berlainan negara dan kita juga dapat menyiapkan kertas kerja dalam masa yang singkat. Tambahan pula, kita dapat melayari internet walau dimana jua kita berada dengan adanya broadband. Seterusnya, keunikan bentuk fizikal broadband yang kecil memudahkan kita membawanya kemana sahaja walaupun kita berada di pedalaman kampung.

Tuntasnya, broadband amat penting dan berguna kepada semua lapisan masyarakat kerana banyak kelebihan ia yang dapat kita manfaatkan bersama seperti mendapatkan berita, berkomunikasi menggunakan emel ataupun bersembang menggunakan kemudahan chat.

0 comments:

Post a Comment